Welcome to izws.blogspot.com

Welcome to izws.blogspot.com. Please leave a comment or a message in my shoutbox so that i knew that you were here. Tq. :-P


Saturday, July 27, 2013

Sampul Duit Raya / Money Packet Kod: 1301

Bismillahirahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Salam Sejahtera kepada tuan - tuan dan puan - puan yang bukan beragama Islam,

Di sini saya ada menawarkan tempahan sampul duit raya atau money packet yang boleh ditempah mulai hari ini sehingga 31 Julai 2013 sahaja. Tawaran ini diadakan pertama kalinya di mana anda dapat menempah sampul duit raya mengikut kemahuan anda dan mempunyai maklumat yang anda inginkan di sampul duit raya tersebut.

Mengapa anda ingin menggunakan sampul duit raya yang diperolehi percuma kerana ia hanya akan mempromosikan pasaraya atau bank tersebut, sedangkan anda boleh mengembangkan perniagaan atau perhubungan anda dengan mencetak maklumat - maklumat perniagaan anda atau maklumat peribadi di sampul duit raya ini dan diedarkan kepada saudara mara dan sahabat handai. Ia akan mengembangkan lagi jaringan perhubungan anda.

Detail sampul duit raya kod: 1301
Tempoh tempahan: sehingga 31 Julai 2013. - Tempahan telah ditutup (update 1 Ogos 2013)

Design hadapan.

Saiz Sampul : 14.8cm x 7.4cm (Setelah dilipat) - boleh memuatkan not kertas RM 50 tanpa perlu dilipat.
Material : Kertas 110 gsm
Maklumat boleh disertakan: Ayat "Ikhlas daripada nama1, nama2" boleh di ubah mengikut nama yang anda ingini.

Maklumat yang terdapat di belakang sampul.

Maklumat ini boleh diubah mengikut kehendak tuan - tuan dan puan - puan.

Minimum order: 50
Maximum order: 500 (Order melebihi pada kuantiti ini tidak digalakkan)
Harga: RM 0.40 sekeping sahaja.
Penghantaran pos bagi 100 sampul ke atas adalah PERCUMA.
Setiap sampul akan di cetak maklumat: "folded by izw(R), blog: izws.blogspot.com"
Warna sampul juga boleh dipilih, tetapi untuk setakat ini hanya warna ungu terang, ungu muda, kuning terang dan kuning muda sahaja yang terdapat di dalam stok saya.

Cepat tempah sebelum terlambat, kembangkan perniagaan anda dengan sampul duit raya kami.

Sekian, terima kasih.

izw ;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails