Welcome to izws.blogspot.com

Welcome to izws.blogspot.com. Please leave a comment or a message in my shoutbox so that i knew that you were here. Tq. :-P


Saturday, October 23, 2010

Cat bilik 2

Hmmm, lagi 7 hari lagi. Hehehe.

Post kali ni nak sambung pasal cat bilik aku tu. Walaupun banyak halangan tapi hari ni siap dengan agak lengkap la dgn grille dan kayu di cat. Walaupun x sempurna sangat tapi aku sangat suka kerana ada sentimental value sebab di cat oleh beberapa orang yang disayangi. Hehehe.

Kalau korang missed atau nak tengok balik gambar bilik tu sebelum dicat, sila klik kat sini ok.

Ok. Selepas di cat terus dia jadi cenggini:





Huhu, sama dak macam simulation yang dibuat? Tak sama kan. Hehehe. Ya la, simulation tu memang comot sebab pakai Brush ja. The real one is better la, tapi ada juga x perfectnya kalau tengok dekat - dekat. Tapi tak larat dah nak jadi perfectionist so biar ja la. Hehehe.

Pastu nak share dengan korang pasal grille atau kekisi kat rumah ku ini yang dah season tapi still ok lagi. Kekisi dalam bilik tu memang lama dan memang dah ada sejak rumah ni dibina, kira - kira dalam tahun 1982 kot masa aku umur 2 - 3 tahun. Kekisi tu dibuat kat kedai besi tepi rumah aku dulu di mana kedai dia sangat besar dan sekarang dah jadi taman perumahan. Yang aku sangat kagum ialah pembuatan kekisi terebut adalah sangat berseni dan ada bentuk love <3.



Mungkin kekisi tu dibuat atas kukuhnya percintaan mak dan ayah aku. Design penuh kekisi di ambil dari sudut ini supaya tak nampak sangat kecacatan catnya. Hehehe.



Pastu yang aku heran, selepas tu adalah arwah ayah tambah rumah di bahagian depan tu, pastu dia suruh la orang lain buat kekisi tingkap tu dengan rekabentuk yang sama. Tapi malangnya rekabentuk kekisi yang terhasil adalah amat mendukacitakan kerana tiada lagi hasil seni seperti yang dihasilkan dulu dapat dihasilkan semula. Kekisi yang lama tersebut nampak sangat cantik berbanding kekisi yang baru dibuat yang kelihatan amat 'keras' buatannya dan tidak layak untuk di pamerkan di blog ini. Kekisi lama tersebut akan menjadi satu aset yang penting dan mempunyai nilai sentimental bagi rumah ini.

Last sekali nak share dengan pembaca - pembaca semua gambar ini:



Sangat teruja.

Hehehe.

Adiosa.

izw

http://izws.blogspot.com/

Wednesday, October 20, 2010

Origami Fireworks

Jom buat origami ni. Agak senang juga la dan menarik. Pernah buat satu tapi dah terkoyak. Jom lipat:



Link: Origami Fireworks


Izwan

http://izws.blogspot.com

Friday, October 8, 2010

Cat bilik

Huhu, sekarang ni makin sibuk dah nak buat macam2 dan tak lama dah. Iskh3x, masa sat ja berlalu dan agak tertekan dengan pressure yang semakin hari semakin menekan.

Anyway hari ni hari jumaat, so aku bangun awal hari ni walaupun selalu bangun lambat. Hehehe. Aktiviti hari ni nak mengecat bilik ku huhuhu. Walaupun belum jadi bilik aku pun. Hehehe. Sebelum ni tu bilik adik aku dan dia secara sukarela (dan mungkin juga paksa rela, hehehe) nak bagi bilik tu kat aku.

Ok, sepeti yang anda sedia maklum, tema aku adalah purple & kuning. So nak cat dinding kuning la. tapi nak tambah 1 colour lagi untuk bagi ceria, sebab warna kuning akan jadi feature wall. So cari la colour scheme yang menarik kat website2 yg ada. Pastu dari website ni: http://colorschemedesigner.com/#4S31Tw0w0w0w0 aku dapat colour scheme ni:



So warna tema bilik aku ialah hijau kuning macam warna untuk team bola negeri kedah. Hehehe. Ok la tu sebab memang orang kedah pun. Pastu pi la beli cat hari rabu yang lepas. Beli cat nippon yang kena campur sebab warna yang sedia ada tak menarik langsung.

Hari khamis lepas letak lagi satu layer undercoat untuk bagi tak nampak sangat bekas warna oren bilik adik aku tu. Ini gambar lepas cat undercoat:



Pastu buat la simulation sikit untuk tengok macammana nak jadi bilik ni lepas warna hijau kuning tu, walaupun hanya guna software paint yg basic tu:



Oh, quite nice walaupun warna dia lari sikit la. Pastu hari ni pukul 9.00 pagi dah start cat kuning dengan cat tepi2 tingkap, siling dan dinding satu lagi sebab takut kalau pakai roller kena pulak siling, tingkap dan dinding satu lagi tu. Inilah hasilnya, tara:



Pastu dah start perasan yang kenapa la berbelang2 sikit, tapi tak pa sebab baru first layer cat kuning tu, tapi sebenarnya dah perasan something wrong with the roller. Pastu break kejap untuk pi solat jumaat dan makan nasi. Lepas tu rehat jap tengok tv, sebab time tu panas doh, kalau cat time tu mau cair la aku nanti walaupun dalam rumah. So biar la cool down sikit.

Pastu lepas pukul 3, nak start dengan cat hijau, kali ni start dengan roller dulu, sebab rasa rugi pulak cat tepi2 dulu sebab cat tengah dengan roller lebih cepat & boleh touch up tepi2 tu kemudian. Bila aku cat dengan cat hijau, masih berbelang2, rupanya memang sangkaan aku tepat, roller tu ada cat kering kat kapas dia, dan menyebabkan cat tu lekat tak sempurna dan dengan itu aku menghentikan acara mengecat sebab kalau diteruskan pun tak guna juga.

Disebabkan hari ni jumaat, semua kedai tutup so kena la beli esok. Buat semua kawan - kawan, sila basuh cat di roller cat dan berus anda ya, supaya tiada cat yang kering di kapas dan bulu berus ya.

Nak tengok hasil berbelang2 itu? Inilah hasilnya:





Oleh sebab itu, aktiviti ini terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu. Mungkin kah post ini akan disambung? Perlukah ia disambung? Sila komen...

izw

http://izws.blogspot.com

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010

Assalamualaikum Semua,

Pejam2 celik2 esok dah hari raya. Sekejap ja. So di sini saya, Izwan Ahmad serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua saudara mara, kawan - kawan, semua umat Islam di seluruh dunia tak kira di mana jua anda berada (kawanku di Madison, Wisconsin tu apa cerita ya, Hehehe).

Pada nonmuslim tu, Happy Holiday lah untuk korang, cuti lama so pi la bercuti kalau korang tak kerja sebab ganti cuti raya kitaorang kan. Opsss. Hehehe. Terima kasih la kalau korang ganti cuti tu, nanti raya korang kami ganti cuti pulak. Tqvm.

Hmmm, tahun lepas tengok video lagu nostalgia Hari Raya. So tahun ni kita dengar lagu raya baru daripada Stacy, Shila, Fara & Leya - Bunga Api Di Hati. Lagu ni agak catchy, first dengar mcm pelik ja tapi bila dengar byk kali macam ok, especially bila part Farah Fauzana (Fafau) nyanyi tu di mana suara dia di'machinized'kan (wujud ka perkataan ini, hehehe). Part Fafau nyanyi juga aku teringat kepada my bff Che Sab di mana karektor mereka hampir serupa. Happy Birthday Raya Che Sab. Hehehe.

Jom nyanyi sesama:



Lirik:

Bilakah kau kan tiba
Hari Sabtu jam tiga
Tak sabar nak berjumpa
Dengan semua teman lama

Ku kirim hadiah kota
Ku kirim khabar desa
Aku di sini (oh oh)
Engkau di sana (oh)
Tetapi kita masih kita

Chorus
Riangnya
Bertemu lagi
Bagaikan bunga api di hati
Pabila
Bersua kembali
Bagaikan langit memekar
Berwarna-warni

Kau mesti ke rumahku
Sepertinya selalu
Mata pasti tak pejam
Bercerita sepanjang malam
Dulu kisah remaja
Kini kisah dewasa

Aku di sini (oh oh)
Engkau di sana (oh)
Setahun sekali berjumpa

Ulang Chorus

Inilah masanya
Menyambut kepulangan
Hari yang penuh gembira
Mesranya dakapan dalam suasana ini
Bagai bunga api
Yang berwarna warni
Bagai bunga api
Yang berseri-seri

Ulang Chorus

---------end of lirik----------

Huh happening betul. Ok, hati - hati di jalan raya. Bye

izw
http://izws.blogspot.com/

Tuesday, September 7, 2010

Lanryngitis, tussis, pyrexia & cephalgia

Sorry guys, forgotten that some of my friends do not have medical background.

Simple explanation of lanryngitis, tussis, pyrexia & cephalgia

Laryngitis is an inflammation of the larynx. It causes hoarse voice or the complete loss of the voice because of irritation to the vocal folds (vocal cords). Hmm actually i think the term that i use in my fb on last sunday was wrong. It should be pharyngitis which means an inflammation of the throat or pharynx. In most cases it is painful and the initial infection can extend for a lengthy time period. It is the most common cause of a sore throat.

Tussis actually is cough which means a sudden and often repetitively occurring reflex which helps to clear the large breathing passages from secretions, irritants, foreign particles and microbes. Frequent coughing usually indicates the presence of a disease. In my case, the cough caused by the pharyngitis that i had and it was productive cough which mean that i cough phlegm or sputum out to clear my throat from the foreign particles etc.

Pyrexia or controlled hyperthermia is a common medical sign characterized by an elevation of temperature above the normal range of 36.5–37.5 °C (98–100 °F) due to an increase in the body temperature regulatory set-point or in a simple word, fever.

A headache or cephalgia is pain anywhere in the region of the head or neck. It can be a symptom of a number of different conditions of the head and neck.

Thanks wikipedia for making my life easier explain this term.

I hope that, all of this illnesses will mend before raya.

Ameen...

Good night & wassalam.

izw
http://izws.blogspot.com

Tuesday, August 31, 2010

Satu masa dulu...

Pada satu malam cuti, masa tu cuti umum dan boleh balik dari asrama sekolah menengah aku tu, selepas menonton rancangan tv, aku masuk ke bilik aku untuk tidur. Aku tidur dengan lena kerana jam telah menunjukkan pukul 1.00 pagi.

Kira2 dalam pukul 2.30 pagi (aku agak2 ja la), telefon rumah berbunyi. Selalunya aku tak hirau telefon tu sebab panggilan telefon rumah untuk mak aku. Mak bangun dan angkat telefon, pastu dia ketuk bilik aku dan panggil "Iwan, telefon ni, ada orang nak cakap". Huh, aku heran la yg amat, tapi bergegas pi jawab telefon tu. Mana pi tau, kot ada emergency.

"Hello"

Tiba - tiba ada orang menjerit "Happy Birthday Wan...!!!!, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!!!"

"Hello (aku masih mamai), sapa ni" tanya aku masih heran...

"Woi, tak kenal ka, dok mamai lagi ka, mai celebrate birthday dengan kami ni"

"Woi, R ka? Hampa ni gila ka pagi2 ni call orang, orang tengah tidur sedap2 nih, hehehe" Aku tersengih, mak kat tepi terpinga2.

"Mai la sini kami kat stadium ni sambut merdeka, tidoq apa awal2"

"Hampa ni buat kerja gila la, hampa celebrate la, aku dok kat rumah tidoq lg baik" aku kata sambil fikir balik, kalau aku nak pi pun mana boleh, nak pi dengan apa?

"Apalah hang ni wan, x sporting aaa, bla bla bla (aku pun x ingat apa yang depa kata dah)"

"Lantak hampa la"

"K lah wan, hang x mau mai x pa la"

"Ok, bye"

Lepas letak telefon mak tanya, sapa tu. Aku jawab kawan. Mak kata habaq kat depa jangan dok telefon la pagi2 ni kacau orang, selalu orang telefon pagi2 ni sebab ada kecemasan. Aku sengih dan masuk bilik dan sambung balik tidur.

Tu la kejadian yang menimpa aku yang aku masih ingat sampai hari ni. Kawan2 sekolah yang gila2, kawan2 kolej dan universiti yang penuh dengan darah muda. Tapi ni cerita zaman muda2 dulu, sekarang dah tua. Hehehe.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 53.

1 Malaysia Menjana Tranformasi

Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam.

:-)

izw

Saturday, August 28, 2010

a free day in the bless Ramadhan month

Salam 1 Malaysia readers...

Huh, it is been a while i have been a way due to my hp camera was not functioning very well couple of months ago.

Today, at last a free of hastle day in the bless month of Ramadhan bring my blog a light back. Hehehe. Hmmm, today start with a good morning, a good sahur, with a few stuffs to prepare as Raya is just around the corner.

Then, i make up my a room a little bit, although it still a mess. Hehehe. Hope i can tidy it up all together during a holiday this week. :-)

Then, feel a bit tired as a lot of energy were used, i relax my body on my bed. Suddenly i remember the templates of a couple origamic architecture (oa) that i have printed couple days ago. Hmmm, this a day to do it.

With all the gears, i start to make the oa cards and in a few hours, ta da:



This one is called Polyphonie im Kubus. Yup, it is not very well done here because the card that i use is too soft. I also think that the design is a failure too.

Then the second cards turn out like this:



And this card turn out quite good and the picture too :-)

Then i went outside, a postman delivered me with a good wish:



With a letter of raya invitation:



:-)

All of that make me smile all day long.

Hehehe.

Till then, Selamat Berpuasa.

xoxo

izw

Friday, August 27, 2010

Me with Irfan



Hari ini Jumaat, 27 Ogos 2010, Zaid Irfan Daniel mai ke rumah pukul 1.00 pm, time orang nak pi sembahyang jumaat. Pastu dia suka kacau la'lang dia.

Padan muka kena tarik telinga.

Irfan kata "Irfan suka makan nasi lemak!!!", "La'lang pulak?"

La'lang kata "La'lang puasa, Hahahaha, mana boleh makan"

Irfan kata " La'lang ni jahat la, orang puasa la".

Hehehe.

:-)
izw

Thursday, August 5, 2010

A new day has come

As Celine Dion sang it: "A new day has come"


Monday, June 28, 2010

Wedding favor boxes


Hmm, long time no update. Hehe. As usual the reason is too busy with my life. Back to the picture above, wedding favor. Nice & cute. How to fold it. Try to contact me. Hehe. Xoxo. Bye.

Saturday, April 17, 2010

Origami rose


Love this pic of my origami rose :-)

Saturday, March 6, 2010

2nd origami magic ball


Second already!!! Huh, it really seem like i have many time to spare. Hehe. Not really, may be because im trying to keep myself busy. The 2nd ball is inside the lamp & the 1st one is on top of the lamp :-)

Friday, March 5, 2010

Origami Magic ball


My new project, since someone left me and i have nothing to do. I inspired to do it, when i saw a video on youtube. It took me nearly 4 hours of folding. What a tiring project.

Saturday, February 13, 2010

Transgopeng 13-15 feb


My chinese new year holiday will be fulfill with exhaustion, as i will hiking from gopeng to tanah rata, cameron in 3 whole days & half nights! May be im crazy or what, but im prepared a month & half 4 this & i will make it come true. The picture shows our 3rd stop.

Wednesday, January 6, 2010

Happy New Year 2010 & 1431 Hijrah


Gunung Berembun, here i come...
Originally uploaded by izws

Happy New Year to all readers. 2009 which a busy year for me has passed. Looking forward for this year and hope for the best are coming my way.

Started my new year with hiking at Gunung Berembun, Cameron Highland, Pahang, Malaysia. Enjoy the view up there and share it with you all in flickr. Uploading the pics are tiring.

I have a little time now. Join me on facebook by clicking on my facebook batch on your right hand side. Hope to hear from you all.

Bye

Related Posts with Thumbnails