Welcome to izws.blogspot.com

Welcome to izws.blogspot.com. Please leave a comment or a message in my shoutbox so that i knew that you were here. Tq. :-P


Sunday, February 15, 2009

Pokok Sena Dinaik Taraf Daerah Ke-12 Di Kedah


Masjid Pokok Sena


Buat korang yang x tahu lagi 5 Februari lepas Pokok Sena dah dinaiktaraf dan diisytiharkan sebagai Daerah Ke-12 Di negeri Kedah ni so dia dah x duduk bawah daerah Kota Star lg. Kalau x percaya, ni berita di petik daripada Bernama:

POKOK SENA, 5 Feb (Bernama) -- Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini mengiystiharkan daerah kecil Pokok Sena dinaik taraf sebagai daerah penuh sempena sambutan ulang tahun ke-81 Hari Keputeraan baginda baru-baru ini.

"Pokok Sena akan dimajukan supaya penduduk dapat menikmati kemudahan infrastruktur sepenuhnya dan taraf kesejahteraan rakyat di sini setanding dengan penduduk di daerah lain," kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis pengisytiharan daerah Pokok Sena dan perasmian Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah oleh baginda di sini hari ini.

Dengan pengisytiharan itu, Kedah secara rasminya kini mempunyai 12 daerah. Daerah sedia ada ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap, Pendang, Yan, Sik, Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Langkawi.

Azizan berkata langkah itu akan memudahkan urusan pentadbiran serta penyusunan rancangan pembangunan di Pokok Sena yang sebelum ini kebanyakannya dikendalikan oleh Pejabat Daerah Kota Setar dan Majlis Bandaraya Alor Setar.

Beliau turut mengumumkan sebuah bandar baru diberi nama Bandar Tunku Puteri di tanah milik kerajaan di Gajah Mati di sini akan dibangunkan sebagai pusat pentadbiran daerah baru itu.

Daerah Pokok Sena terbahagi kepada enam mukim iaitu Gajah Mati, Jabi, Tualang, Lesong, Bukit Lada dan Derang, dan mengandungi 122 kampung serta 21 taman perumahan dengan jumlah penduduk seramai 50,000 orang.

Hmmm, memang besar pun Pokok Sena ni sampai kdg2 org tanya aku kg kat Pokok Sena ni pun aku x tau. Hehehe. Ha, lagi satu hampa tau ka Pokok Sena tu rupa dia mcmmn?


Nin dia la Pokok Sena


Pokok Sena (Narra) merupakan pokok kebangsaan bagi Filipina, dan juga pokok daerah Chonburi dan daerah Bukit(Phuket ) yang dahulunya taklok negeri Kedah kini di jajah Thailand tau. So jgn main2. Hehehehe.

Selalu orang kampung mengganggap pokok ini adalah singahan hantu-hantu. Sekiranya pokok ini bersaiz besar. Tapi anda mungkin anda tidak tahu rahsia pokok ini. Apabila pokok ini ditoreh kulitnya, ia akan mengeluarkan getah yang bewarna merah-kemerahan. Kegunaanya sebagai ubat untuk memulihkan keadaan bibir yang pecah-pecah. Selain itu dahan-dahan pokok sena yang sesuai, orang-orang dulu buat sebagai kayu pagar... ikut kata 1 blog la.

Kalau nak further reading blh klik kat link ni: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Sena_(pokok) sebab korang mesti kata "Ooo, pokok ni ka..." (Bagi org yg pernah tgk la).

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails