Welcome to izws.blogspot.com

Welcome to izws.blogspot.com. Please leave a comment or a message in my shoutbox so that i knew that you were here. Tq. :-P


Thursday, August 21, 2014

Bagaimana Permainan Sedikit Akan Memanfaatkan Kanak-kanak

Assalamualaikum,

Post kali ni agak menarik kerana didapati amat berguna dan sangat menepati keadaan kita dahulu sebagai kanak - kanak. Ya lah dahulu mana ada Lego, Duplo, Melissa & Doug dan Toys R Us kan. Kalau ada pun mana la mampu nak beli sebab kita bukan dari kalangan orang yang berada.

sumber gambar: becomingminimalist.com

So guna lah apa yang ada di sekeliling kita seperti kayu, batu, kertas, plastik dan sebagainya. Dulu taman permainan pun tiada, nak main guna la papan untuk buat slide. Pastu batu pun boleh jadi mainan di mana kita main batu selambut atau batu seremban. Macam saya dahulu main lebihan jubin buat rumah untuk buat kapal terbang dan bayangkan sahaja 'kapal terbang' itu terbang. Hehehe. Itu dulu, sekarang pun boleh contoh macam post saya semalam mengunakan tin, tali dan bola sahaja Kitar Semula Tin.

Anyway nak cakap mengenai bagaimana permainan sedikit akan memanfaatkan kanak-kanak sebab saya baca satu blog ni becomingminimalist.com di mana lagi sedikit permainan yang kita beri kepada kanak - kanak mereka boleh jadi lebih kreatif dengan berfikir bagaimana untuk menggunakan perkara - perkara di sekeliling untuk dijadikan permainan. Ini dapat menjadikan mereka berfikir dan dapat menyelesaikan masalah - masalah yang timbul di dalam proses menyiapkan permainan tersebut.

So jom tengok point - point yang menarik:

Permainan bukan semata-mata alat-alat permainan. Permainan membentuk blok-blok bangunan untuk masa depan anak kita. Mereka mengajar anak-anak kita tentang dunia dan diri mereka sendiri. Mereka menghantar mesej dan berkomunikasi mengenai nilai. Dan dengan itu, ibu bapa bijak berfikir tentang apa asas yang diletakkan oleh alat permainan yang diberikan kepada anak-anak mereka.

Ibu bapa yang bijak juga berfikir tentang bilangan mainan yang kanak-kanak diberi. Walaupun bilik permainan dan bilik tidur hari ini diisi hingga ke siling dengan alat permainan, ibu bapa belajar untuk menghadkan bilangan mainan yang kanak-kanak perlu dimain.

Mereka memahami bahawa sedikit mainan sebenarnya akan memberi banyak manfaat kepada anak-anak mereka dalam jangka masa panjang. Di antara manfaat kurang permainan ialah:



  1. Kanak - kanak belajar untuk menjadi lebih kreatif. Terlalu banyak mainan mencegah kanak - kanak daripada membangunkan imaginasi mereka sepenuhnya. Dua pekerja kesihatan awam Jerman (Strick dan Schubert) menjalankan satu eksperimen di mana mereka yakin kelas tadika untuk membuang semua mainan mereka selama tiga bulan. Walaupun kebosanan bermula pada peringkat awal percubaan, kanak-kanak tidak lama lagi mula menggunakan persekitaran asas mereka untuk mencipta permainan dan menggunakan imaginasi mereka dalam bermain.  
  2. Kanak - kanak memberikan perhatian lebih lama. 
  3. Kanak - kanak membina kemahiran sosial yang lebih baik.
  4. Kanak - kanak belajar untuk menghargai sesuatu dan nilai sesuatu perkara.
  5. Kanak - kanak mengembangkan minat yang lebih untuk membaca, menulis, dan seni. 
  6. Kanak - kanak menjadi lebih bijak di mana mereka berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan hanya peralatan yang terhad.
  7. Kanak - kanak kurang bergaduh antara satu sama lain. Adik - beradik dengan sedikit mainan terpaksa berkongsi, bekerjasama dan bekerja bersama-sama. Bukankah itu yang kita mahukan dalam masyarakat kita?
  8. Kanak - kanak mempelajari ketabahan hidup. Kanak-kanak yang mempunyai terlalu banyak mainan menyerah kalah terlalu cepat.
  9. Kanak - kanak menjadi kurang mementingkan diri sendiri. Kanak-kanak yang mendapat segala apa yang mereka mahu percaya mereka boleh mempunyai segala-galanya yang mereka mahu. Sikap ini akan dengan cepat membawa kepada gaya hidup yang tidak sihat (dan tidak sepatutnya). 
  10. Kanak - kanak lebih menghargai alam semula jadi dan lebih sihat dan segar kerana mereka suka bermain di luar rumah.
  11. Kanak-kanak belajar untuk mencari kepuasan di luar kedai mainan.
  12. Kanak-kanak hidup dalam rumah yang bersih dan kemas. Kenapa? Kurang mainan so kurang berselerak, simple kan. Hehehe.


Saya bukan anti-mainan. Saya hanya pro kanak - kanak. Jadi TOLONGLAH anak anda hari ini dengan menghadkan bilangan mainan mereka.

ps: Tolong jangan beritahu mereka anda dapat idea ni daripada blog saya. Hehehe.


Nak baca huraian yang lebih? baca di sini: Why Fewer Toys Will Benefit Your Kids

Blog ni dalam English, so kalau tak faham sila la guna Google Translate ya. Lagipunsaya ambil point - point yang penting saja. Huraian selebihnya ada di blog tersebut di atas.

Sekian, terima kasih.

izw

Wednesday, August 20, 2014

Kitar semula tin

Assalamualaikum pembaca blog semua,

Musim raya ni biasalah agak busy dengan pi beraya, rumah terbuka, kerja dan lain - lain. So blog pun berhabuk la balik. So ni dah sapu habuk bagai ni baru mai semangat nak buat new post.

Semalam biasa lah aktiviti bersama Irdina dan aktiviti ni melibatkan kitar semula. Kami tak buang tin - tin yang telah kami gunakan so kami kitar semula untuk jadi mainan anak. Cuma kena hati - hati sebab tin tu ada bahagian tajam so as parent we must make sure that semua tin - tin tu tak ada bahagian tajam & boleh lukakan tangan diorang.

Yang pertama kami main ialah main tuju tin. Hehehe. Mesti korang ingatkan masa kecik - kecik dulu main tuju tin, tuju selipar dan lain - lain. Best kan. Guna ja apa yang ada di sekeliling rumah untuk main. Even bola pun buat dengan kertas surat khabar, letak batu kecik dalam kertas surat khabar pastu kepal - kepal jadi bola pastu ikat dengan getah. Kreatif juga kita dulu - dulu kan. Hehehe.





Walaupun tin tak sama tinggi main juga lah, susun la macamana pun asal jadi tower.

Pastu game yang kedua, sebab ada tali kami pun buat la telefon tali (line telephone) yang guna tali dengan tin - tin ja. Ni pun popular juga dulu masa budak - budak sebab senang ja nak buat.







And surprisingly Irdina sangat suka sebab boleh dengar suara abah walaupun abah kat dapur. Hehehe.


So jom main dengan anak - anak sambil recycle barang - barang di sekeliling rumah kita. Bagus untuk mengembangkan minda anak - anak sambil meningkatkan kreativiti mereka.

Tu sahaja untuk kali ni.

Bye.

izw

Sunday, August 10, 2014

Painting with Irdina 2

Hasil lukisan selepas weekend yang havoc:

A scene from a movie.


Abstract painting
Walaupun tak secantik mana tapi nilainya sangat berharga.

A quality time with my daughter.

izw.

Friday, August 8, 2014

Painting with Irdina

Aktiviti pagi ni. Nak melukis pulak. Ok abah layan ja la.

Nice work Irdina.

izw.

Tuesday, August 5, 2014

Stamp & do a dots

Aktiviti semalam:

1. Color the Aa's - guna do a dot utk warnakan A & a dalam buah epal.

2. Stamp Aa's on the apple - Guna stamp @ chop dalam buah epal.

Sangat seronok. Hehe.

Hasilnya:

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin.

izw.

Sunday, July 20, 2014

Art & Crafts: Bean bags

Salam kawan - kawan,

Minggu lepas agak sibuk so tak sempat nak post kat blog.  Minggu lepas ada jg projek untuk dibuat. Nak tau apa?

Bean bag. Yg kecil tu ada kacang hijau dalam dia. Yg besar tu ada polisterin, hmmm x bagus utk environment tapi nak buat mcmn, itu ja ada untuk buat filling.

Tengoklah Irdina relax atas bean bag yg besar tu. Sangat best.

Next projek. Bean bag cover.

Ok. Itu saja. Bye.

Sent from my smartphone.

izw

Thursday, July 10, 2014

Arts & Crafts: Elmer the Elephent

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seperti yang dijanjikan semalam ada buat art & craft dengan Irdina. Apa yang saya boleh katakan ialah cabaran untuk melakukan craft bersama anak berumur 2 tahun lebih adalah sangat mencabar kesabaran kerana tindakan - tindakan mereka yang agak cepat dan tidak menentu.

Semalam saya menggunakan pisau yang agak tajam (craft knive) untuk memotong kertas - kertas yang digunakan untuk melekatkan pada Elmer dan saya hampir - hampir luka kerana tindakan Irdina yang sangat cepat. Nasib baiklah pisau tersebut hanya terkena kepada saya, tidak pada Irdina. Alhamdulillah. Berhati - hati menggunakan peralatan yang tajam ketika berada bersama mereka.

Lagi satu cabaran yang perlu dihadapi ialah mencari kertas tisu kerana di sini tiada craft shop yang besar seperti di kl. Saya hanya mencari kertas tisu tersebut di kedai2 alatulis dan kebanyakannya tiada. Nasib baik lah saya ada membeli handmade paper di Daiso tidak lama dahulu. Paper ni lebih kurang sama dengan kertas tisu, cuma agak sukar di gam kerana teksturnya tidak sama seperti kertas tisu.

Handmade paper from Daiso
Dah habis potong kertas tibalah masanya bubuh gam. Hmm, bayangkanlah tangan yang belum cekap memegang berus dan celup gam sampai ke hujung berus. Habislah belemoih (comot) tangan tu dengan gam dan kertas yang melekat di gam dekat tangan dia. Sabar lagi. Hehehe. Tapi bagus juga sebab dia boleh merasa melekitnya gam tu dijari dia sebab it is a sensory learning. So this where the fun is. So fikir positif la, tak pa nanti kita basuh tangan dan abah kemas meja tu. Gambar meja time tu memang tak sempat diambillah ya.

So nilah hasilnya. Walaupun x cantik macam dalam website theimaginationtree.com tu, tak apalah, hasilnya bukan menjadi ukuran tetapi the effort of her doing the craft and the quality time we spend together is priceless. Hope Irdina akan ingat masa yang kita habiskan bersama ni bila Irdina tengok blog ni bila dah besar. Hehehe.



Muka budak happy dengan Elmer the Elephant. Hehehe.

"Adik happy sangat" Hehehe.
Hope my friends yang ada anak - anak kecil tu jom buat art & crafts macam ni. Tak susah pun, better main dengan diorang daripada bagi depa main ipad kita pula tengok tv sebab masa kita bersama dengan anak2 memang terhad, nanti masuk sekolah mesti dah tak main dengan kita dah, dah ada kawan2. Time ni ja nak main dengan anak - anak kita. Hehehe.

Ok. Adios.

Bye.

izw

Wednesday, July 9, 2014

My Daughter & Me Are Sad :'(

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

image source: http://www.deviantart.com


Hmm, hari ni anak saya sedih sebab lama tak buat art & crafts dengan abah. Semalam bagitau rindukan abah masa abah pi solat terawih dan pagi ni nangis nak ikut abah pi kerja. Abah pun sedih juga hari ni :'(

Minta maaf lah Irdina, abah bukan sengaja tak mau art & crafts dengan Irdina, tapi bulan puasa ni abah agak sibuk sedikit dengan pergi masjid untuk buat solat terawih. So bila abah balik Irdina dah tidur. Maafkan abah ya.

Oklah malam ni kita akan buat art & crafts ya. Hmm, nak buat apa ya malam ni.

Disebabkan mama dah tag abah untuk buat gajah warna warni ni dan ada botol susu kosong yang boleh dijadikan gajah, so buat art & craft ni lah malam ni ya:

image source: theimaginationtree.com
Menarik dan colourful kan. Sangat sesuai la untuk tangan - tangan budak yang tak suka duduk diam tu. Hehehe. Ok so kena pergi beli tissue paper ja utk craft ni.

Anyway nama gajah ni ialah Elmer. Sapa Elmer, meh tengok sini:


Elmer ni gajah warna warni, so kesimpulan dari cerita ni, jangan risau kalau anda berbeza dari orang lain, berbangga lah, sebab kalau anda sama seperti orang lain maka orang takkan mengenali anda, anda sama dengan orang lain ja. Perbezaan itu menyebabkan orang mengenali anda. So be different, be unique and be you.

So itu sahaja untuk hari kesebelas puasa ni.

Selamat berpuasa.

bye.

izw

Tuesday, July 1, 2014

Hari Ketiga Puasa

Alhamdulillah dah 3 hari berpuasa dan setiap hari hujan dan mendung kat sini. So dapatlah menjalani ibadah puasa dengan cuaca yang dingin, tak lah panas sangat. Dan masa memang cepat berlalu, sekejap ja dah petang dan nak berbuka puasa dah.

Nak share mengenai album yang baru beli iaitu Lagu - lagu Hafalan dari Raihan ni, Walaupun diiterbitkan tahun 2011 tapi baru nak dapatkan sebab Irdina dok nyanyi lagu 25 Rasul walaupun sebelum beli CD ni lagi. Irdina dapat hafal lagu tu sebab kami dok nyanyi kat dia dan mula - mula kami pun nyanyi tak betul, pastu cari youtube baru betulkan lirik terutamanya kat doa: Terangkan hati kami ya Allah, seperti hati Rasulmu ya Allah...

Ni cover album dia:
Sumber: http://nasyeedshop.blogspot.com
Dan video dari youtube:


Mudahnya la ni, search ja semua keluar. Hahaha.

Anyway, pada mulanya nak cari lagu 25 rasul ja, which is lagu ni dalam Album kedua Raihan bertajuk Syukur. Tapi cari - cari tak jumpa album kedua tu sebab dah berzaman la kan, bayangkan nak cari album dari tahun 1997 (hahahaha) walaupun album pertama Raihan jumpa kat kedai yang sama.

So jumpa yang album ni sahaja, cuma album ni ada 3 orang sahaja, macam tak ada lead singer (sebab lagu asal dalam album kedua tu ada Nazrey Johani) dan the harmony of the song macam tak ada, so dengar pun macam ngatuk ja. Pasal komplen no satu kan. Hehehe.

Tapi yang bagusnya, bila buka lagu - lagu ni dalam kereta, sebab dalam lagu - lagu ni ada doa, so dalam dok bernyanyi or ajar anak nyanyi boleh hafal 25 rasul, rukun iman, rukun islam, nama 10 malaikat dan dalam nasyid ni pun ada doa2 yang bagus diamalkan. Macam doa: Terangkan hati kami ya Allah, seperti hati rasulmu Ya Allah tu kalau sebut sepuluh 40 kali sehari insyaAllah la Allah kabulkan, tambah - tambah lagi bulan Ramadhan yang mulia ini. Confirm terang hati. Hehehe. So fikir positif ya. Tiga kebaikan kita dapat dalam satu CD ni so sangat berbaloi - baloi kan.

Walaubagaimanapun kena dapatkan semua CD dan nasyid dulu - dulu yang best macam Nowseeheart sebab sekarang dah bukan zaman nasyid dah, zaman hip hop yang ntah apa - apa. Hehehe. Sorry hiphopper.
Sapa - sapa yang tau mana nak dapatkan album lama - lama dulu sila bagitau ya. pm me. Hehe.

Terpanjang la pulak entry ni. Ok, bye.

Selamat berpuasa.

izw.

Sunday, June 29, 2014

Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al- Mubarak.

Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al- Mubarak.

Alhamdulillah dapat juga kita bertemu dengan Ramadhan tahun ni. Suka sebab dapat beribadat dan mendapat ganjaran pahala yang berganda - ganda dari Allah. Memang lain beribadat dalam bulan Ramadhan ni, sebab syaitan dah dirantaikan. Apa - apa pun memang best so jangan la mempersia - siakan peluang yang hadir setahun sekali ni.

Suka dengar lagu Yusuf Islam ni:


Jom mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ni. :-)

izw

Monday, June 23, 2014

Kembali berblogging...: Homemade playdough

Hmmm setelah berhabuk & bersawang akhirnya saya kembali mencoret sedikit sebanyak tentang kehidupan. Lama tak berblog rasa macam tak tau nak mula balik macamana. Hehehe.

Anyway dengan adanya pembantu saya yang kecik ni, at least sekarang ni ada la benda nak cerita. Sekarang kebanyakan masa kami membuat art & craft, sebenarnya dah banyak art & craft yang dah dibuat cuma tunggu masa ja nak taip & publish kat blog.

 Pembantu kecik saya yang banyak kerenah dan banyak mulut.

Semalam walau dalam kelam kabut dan masih letih, kami cuba buat homemade playdough guna resipi dari blog ini Teaching mama: Honey playdough. Try ja buat dan tak sangka pulak jadi, lagipun Irdina dah lama nak main playdough sebab playdough yang dibeli dah keras so tak boleh main. Kalau dulu kita beli atau ambik dari sekolah (in my case sebab mak ayah cikgu, hahahaha, ambik ja lah).La ni boleh buat sendiri ja.

Resipi nak buat playdough ni adalah sangat senang dan tak payah masak! Senang sangat la, lagipun semua benda tu barang dapur so tak lah susah nak buat. Resipi asal dari web dan ada yang saya modify tu dalam tulisan merah:
  • 2 cawan tepung (campur 1/4 cawan kemudian) *tak tambah pun 1/4 cawan tepung tu sebab tambah bahan - bahan cecair tu sikit - sikit.
  • 1/2 cawan garam
  • 2 sudu besar krim tartar
  • 1 - 1/2 cawan air mendidih *saya guna 1 dan 1/4 cawan air sahaja
  • 1 sudu besar minyak sayuran *saya guna minyak jagung dan tambah 1 sudu besar lagi sebab adunan macam terlalu kering.
  • 2 sudu besar madu *tak bubuh madu pun sebab tak mau galakkan anak makan playdough, nanti makan playdough yang beli tu jenuh la pulak.

Mula dengan mencampurkan bahan-bahan kering dalam satu mangkuk. Lepas tu campur bahan-bahan basah dalam mangkuk yang berasingan. Perlahan-lahan tambah bahan - bahan basah ke dalam mangkuk bahan-bahan kering, dan kacau. 

Campur sikit - sikit bahan basah supaya kita boleh agak nak playdough tu sekeras atau selembut mana, jangan lembut sangat sampai nampak basah, sampai anak boleh lenyek dengan jari la.

Hasilnya:


 Model tangan yang comel. Hehehe. See how soft the playdough turn out, her little hands can play with it effortlessly. I like it.

 Hasil kraftangan malam ni.

Pulun main sampai tak ingat orang dah.


Beri anak main playdough sangat bagus untuk melatih fine motor skills sebab dia boleh lenyek adunan tu so otot - otot tangan dan jari boleh digunakan. Kami roll playdough jadi ular, buat bulat, guna cookie cutter dan lain - lain lagi. Sangat seronok. Irdina main sampai tak ingat orang dah. Hahaha. Asyik menguli dan memotong playdough yang baru buat tu.

Ha lepas main jangan lupa simpan dalam bekas kedap udara. Hmmm, nak tengok lama mana playdough ni boleh tahan. Anyway dalam dough ni ada garam, it is a preservative utk prevent bacteria growth & mold. Harap ia tahan lama. Nanti saya update lah tahan lama mana.

Thank you sebab sudi membaca. Komen di bawah atau di fb saya kalau ada apa2 soalan atau cadangan.

Bye.

izw
Related Posts with Thumbnails