Welcome to izws.blogspot.com

Welcome to izws.blogspot.com. Please leave a comment or a message in my shoutbox so that i knew that you were here. Tq. :-P


Saturday, October 23, 2010

Cat bilik 2

Hmmm, lagi 7 hari lagi. Hehehe.

Post kali ni nak sambung pasal cat bilik aku tu. Walaupun banyak halangan tapi hari ni siap dengan agak lengkap la dgn grille dan kayu di cat. Walaupun x sempurna sangat tapi aku sangat suka kerana ada sentimental value sebab di cat oleh beberapa orang yang disayangi. Hehehe.

Kalau korang missed atau nak tengok balik gambar bilik tu sebelum dicat, sila klik kat sini ok.

Ok. Selepas di cat terus dia jadi cenggini:





Huhu, sama dak macam simulation yang dibuat? Tak sama kan. Hehehe. Ya la, simulation tu memang comot sebab pakai Brush ja. The real one is better la, tapi ada juga x perfectnya kalau tengok dekat - dekat. Tapi tak larat dah nak jadi perfectionist so biar ja la. Hehehe.

Pastu nak share dengan korang pasal grille atau kekisi kat rumah ku ini yang dah season tapi still ok lagi. Kekisi dalam bilik tu memang lama dan memang dah ada sejak rumah ni dibina, kira - kira dalam tahun 1982 kot masa aku umur 2 - 3 tahun. Kekisi tu dibuat kat kedai besi tepi rumah aku dulu di mana kedai dia sangat besar dan sekarang dah jadi taman perumahan. Yang aku sangat kagum ialah pembuatan kekisi terebut adalah sangat berseni dan ada bentuk love <3.



Mungkin kekisi tu dibuat atas kukuhnya percintaan mak dan ayah aku. Design penuh kekisi di ambil dari sudut ini supaya tak nampak sangat kecacatan catnya. Hehehe.



Pastu yang aku heran, selepas tu adalah arwah ayah tambah rumah di bahagian depan tu, pastu dia suruh la orang lain buat kekisi tingkap tu dengan rekabentuk yang sama. Tapi malangnya rekabentuk kekisi yang terhasil adalah amat mendukacitakan kerana tiada lagi hasil seni seperti yang dihasilkan dulu dapat dihasilkan semula. Kekisi yang lama tersebut nampak sangat cantik berbanding kekisi yang baru dibuat yang kelihatan amat 'keras' buatannya dan tidak layak untuk di pamerkan di blog ini. Kekisi lama tersebut akan menjadi satu aset yang penting dan mempunyai nilai sentimental bagi rumah ini.

Last sekali nak share dengan pembaca - pembaca semua gambar ini:



Sangat teruja.

Hehehe.

Adiosa.

izw

http://izws.blogspot.com/

2 comments:

  1. tahniah! berjaya gak hang cat bilik...gigih btoi...patot la menyepi lama..hehe

    ReplyDelete
  2. Poji, diam ubi berisi. Hehe. Ya la macam2 nak kena ada.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails