Welcome to izws.blogspot.com

Welcome to izws.blogspot.com. Please leave a comment or a message in my shoutbox so that i knew that you were here. Tq. :-P


Tuesday, August 31, 2010

Satu masa dulu...

Pada satu malam cuti, masa tu cuti umum dan boleh balik dari asrama sekolah menengah aku tu, selepas menonton rancangan tv, aku masuk ke bilik aku untuk tidur. Aku tidur dengan lena kerana jam telah menunjukkan pukul 1.00 pagi.

Kira2 dalam pukul 2.30 pagi (aku agak2 ja la), telefon rumah berbunyi. Selalunya aku tak hirau telefon tu sebab panggilan telefon rumah untuk mak aku. Mak bangun dan angkat telefon, pastu dia ketuk bilik aku dan panggil "Iwan, telefon ni, ada orang nak cakap". Huh, aku heran la yg amat, tapi bergegas pi jawab telefon tu. Mana pi tau, kot ada emergency.

"Hello"

Tiba - tiba ada orang menjerit "Happy Birthday Wan...!!!!, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!!!"

"Hello (aku masih mamai), sapa ni" tanya aku masih heran...

"Woi, tak kenal ka, dok mamai lagi ka, mai celebrate birthday dengan kami ni"

"Woi, R ka? Hampa ni gila ka pagi2 ni call orang, orang tengah tidur sedap2 nih, hehehe" Aku tersengih, mak kat tepi terpinga2.

"Mai la sini kami kat stadium ni sambut merdeka, tidoq apa awal2"

"Hampa ni buat kerja gila la, hampa celebrate la, aku dok kat rumah tidoq lg baik" aku kata sambil fikir balik, kalau aku nak pi pun mana boleh, nak pi dengan apa?

"Apalah hang ni wan, x sporting aaa, bla bla bla (aku pun x ingat apa yang depa kata dah)"

"Lantak hampa la"

"K lah wan, hang x mau mai x pa la"

"Ok, bye"

Lepas letak telefon mak tanya, sapa tu. Aku jawab kawan. Mak kata habaq kat depa jangan dok telefon la pagi2 ni kacau orang, selalu orang telefon pagi2 ni sebab ada kecemasan. Aku sengih dan masuk bilik dan sambung balik tidur.

Tu la kejadian yang menimpa aku yang aku masih ingat sampai hari ni. Kawan2 sekolah yang gila2, kawan2 kolej dan universiti yang penuh dengan darah muda. Tapi ni cerita zaman muda2 dulu, sekarang dah tua. Hehehe.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 53.

1 Malaysia Menjana Tranformasi

Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam.

:-)

izw

1 comment:

Related Posts with Thumbnails