Welcome to izws.blogspot.com

Welcome to izws.blogspot.com. Please leave a comment or a message in my shoutbox so that i knew that you were here. Tq. :-P


Thursday, April 23, 2009

Adakah Cinta Memerlukan Sebab??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Hmm, terasa dlm hati. Ada pembaca2 yg terasa kebenarannya? Siapa makan cili, dia rasa pedasnya...

11 comments:

  1. Bila kau bercinta lagi... (lagu Alleycat)
    hehehe...

    ReplyDelete
  2. wek!!!aku muntah dengan tajuk blog hang hari nie...!!!
    cinta mestilah kena ada sebab beb..
    kalau tak der sebab..tak derlah putus cinta..
    ngeh..ngeh...!!!

    ReplyDelete
  3. Aku rasa x perlu...
    sebab: perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.

    ReplyDelete
  4. wek!!muntah lagi..sejak bila hang pandai bermadah-madah nie..???

    adakah ..hang dah sampai seru untuk kawen..atau kata lain ..hang dah WAJIB kawen..
    ah!!!!!!!!!!

    tidaks...!!!!

    ReplyDelete
  5. Aku copy paste ja la, dr email yg tn syed bg, hehehe.
    Asyik muntah ja. sah la tu hana nak dapat adik baru. hehehe.

    ReplyDelete
  6. t'ingat sorg kwn yg b'mslh cinta,aq tanya dia nape tgiler2 sgt pompuan sorg ni,walhal ada yg lain nak sgt dgn dia,then dia ckp sesuatu yg buat aq t'diam(konon menyentuh hati i ler),katanya bgini:prempuan lain i kna cari klebihan depa utk suka depa tp yg ni aq x prlu cari klebihn dia utk suka dia,mmg dah suka.wowww!nape le xde org ckp i cam2...warrggghhh!!!!

    ReplyDelete
  7. Knp dgn che sab tu?
    respect la pendapat org lain...
    terasa ke???

    ReplyDelete
  8. Just drop by to the awesome topic.
    Absolutely right - love doesn't need reason.
    Sweetest moment of love can't see by the eyes but can feel deeply inside the heart.
    Sabrina_nadia: are you okay or deeply mad????

    ReplyDelete
  9. Thank for your comment. I wont think sabrina_nadia will notice your comment as she is busy with her husband & daughter.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails