Welcome to izws.blogspot.com

Welcome to izws.blogspot.com. Please leave a comment or a message in my shoutbox so that i knew that you were here. Tq. :-P


Saturday, October 23, 2010

Cat bilik 2

Hmmm, lagi 7 hari lagi. Hehehe.

Post kali ni nak sambung pasal cat bilik aku tu. Walaupun banyak halangan tapi hari ni siap dengan agak lengkap la dgn grille dan kayu di cat. Walaupun x sempurna sangat tapi aku sangat suka kerana ada sentimental value sebab di cat oleh beberapa orang yang disayangi. Hehehe.

Kalau korang missed atau nak tengok balik gambar bilik tu sebelum dicat, sila klik kat sini ok.

Ok. Selepas di cat terus dia jadi cenggini:





Huhu, sama dak macam simulation yang dibuat? Tak sama kan. Hehehe. Ya la, simulation tu memang comot sebab pakai Brush ja. The real one is better la, tapi ada juga x perfectnya kalau tengok dekat - dekat. Tapi tak larat dah nak jadi perfectionist so biar ja la. Hehehe.

Pastu nak share dengan korang pasal grille atau kekisi kat rumah ku ini yang dah season tapi still ok lagi. Kekisi dalam bilik tu memang lama dan memang dah ada sejak rumah ni dibina, kira - kira dalam tahun 1982 kot masa aku umur 2 - 3 tahun. Kekisi tu dibuat kat kedai besi tepi rumah aku dulu di mana kedai dia sangat besar dan sekarang dah jadi taman perumahan. Yang aku sangat kagum ialah pembuatan kekisi terebut adalah sangat berseni dan ada bentuk love <3.



Mungkin kekisi tu dibuat atas kukuhnya percintaan mak dan ayah aku. Design penuh kekisi di ambil dari sudut ini supaya tak nampak sangat kecacatan catnya. Hehehe.



Pastu yang aku heran, selepas tu adalah arwah ayah tambah rumah di bahagian depan tu, pastu dia suruh la orang lain buat kekisi tingkap tu dengan rekabentuk yang sama. Tapi malangnya rekabentuk kekisi yang terhasil adalah amat mendukacitakan kerana tiada lagi hasil seni seperti yang dihasilkan dulu dapat dihasilkan semula. Kekisi yang lama tersebut nampak sangat cantik berbanding kekisi yang baru dibuat yang kelihatan amat 'keras' buatannya dan tidak layak untuk di pamerkan di blog ini. Kekisi lama tersebut akan menjadi satu aset yang penting dan mempunyai nilai sentimental bagi rumah ini.

Last sekali nak share dengan pembaca - pembaca semua gambar ini:



Sangat teruja.

Hehehe.

Adiosa.

izw

http://izws.blogspot.com/

Wednesday, October 20, 2010

Origami Fireworks

Jom buat origami ni. Agak senang juga la dan menarik. Pernah buat satu tapi dah terkoyak. Jom lipat:



Link: Origami Fireworks


Izwan

http://izws.blogspot.com

Friday, October 8, 2010

Cat bilik

Huhu, sekarang ni makin sibuk dah nak buat macam2 dan tak lama dah. Iskh3x, masa sat ja berlalu dan agak tertekan dengan pressure yang semakin hari semakin menekan.

Anyway hari ni hari jumaat, so aku bangun awal hari ni walaupun selalu bangun lambat. Hehehe. Aktiviti hari ni nak mengecat bilik ku huhuhu. Walaupun belum jadi bilik aku pun. Hehehe. Sebelum ni tu bilik adik aku dan dia secara sukarela (dan mungkin juga paksa rela, hehehe) nak bagi bilik tu kat aku.

Ok, sepeti yang anda sedia maklum, tema aku adalah purple & kuning. So nak cat dinding kuning la. tapi nak tambah 1 colour lagi untuk bagi ceria, sebab warna kuning akan jadi feature wall. So cari la colour scheme yang menarik kat website2 yg ada. Pastu dari website ni: http://colorschemedesigner.com/#4S31Tw0w0w0w0 aku dapat colour scheme ni:



So warna tema bilik aku ialah hijau kuning macam warna untuk team bola negeri kedah. Hehehe. Ok la tu sebab memang orang kedah pun. Pastu pi la beli cat hari rabu yang lepas. Beli cat nippon yang kena campur sebab warna yang sedia ada tak menarik langsung.

Hari khamis lepas letak lagi satu layer undercoat untuk bagi tak nampak sangat bekas warna oren bilik adik aku tu. Ini gambar lepas cat undercoat:



Pastu buat la simulation sikit untuk tengok macammana nak jadi bilik ni lepas warna hijau kuning tu, walaupun hanya guna software paint yg basic tu:



Oh, quite nice walaupun warna dia lari sikit la. Pastu hari ni pukul 9.00 pagi dah start cat kuning dengan cat tepi2 tingkap, siling dan dinding satu lagi sebab takut kalau pakai roller kena pulak siling, tingkap dan dinding satu lagi tu. Inilah hasilnya, tara:



Pastu dah start perasan yang kenapa la berbelang2 sikit, tapi tak pa sebab baru first layer cat kuning tu, tapi sebenarnya dah perasan something wrong with the roller. Pastu break kejap untuk pi solat jumaat dan makan nasi. Lepas tu rehat jap tengok tv, sebab time tu panas doh, kalau cat time tu mau cair la aku nanti walaupun dalam rumah. So biar la cool down sikit.

Pastu lepas pukul 3, nak start dengan cat hijau, kali ni start dengan roller dulu, sebab rasa rugi pulak cat tepi2 dulu sebab cat tengah dengan roller lebih cepat & boleh touch up tepi2 tu kemudian. Bila aku cat dengan cat hijau, masih berbelang2, rupanya memang sangkaan aku tepat, roller tu ada cat kering kat kapas dia, dan menyebabkan cat tu lekat tak sempurna dan dengan itu aku menghentikan acara mengecat sebab kalau diteruskan pun tak guna juga.

Disebabkan hari ni jumaat, semua kedai tutup so kena la beli esok. Buat semua kawan - kawan, sila basuh cat di roller cat dan berus anda ya, supaya tiada cat yang kering di kapas dan bulu berus ya.

Nak tengok hasil berbelang2 itu? Inilah hasilnya:





Oleh sebab itu, aktiviti ini terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu. Mungkin kah post ini akan disambung? Perlukah ia disambung? Sila komen...

izw

http://izws.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails